KELAS E-Learning- Membuat Nota Ringkas Subjek Geografi menggunakan Peta Minda Bahagian 1
14 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13/02/2024, Pihak NaDi Piasau Utara telah mengadakan kelas E-Learning bersama pelajar sekolah iaitu mempelajari cara membuat peta minda matapelajaran Geografi. Kelas diadakan pada 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Kelas ini diadakan agar para pelajar dapat dapat memahami subjek Geografi dengan lebih berkesan dan mudah difahami. Selain itu, dengan membuat nota ringkas sendiri para pelajar secara tidak langsung dapat mengambil serta memahami setiap topik-topik yang terdapat dalam buku teks sejarah mereka. Kelas ini telah dihadiri oleh para pelajar sekolah menengah yang mempunyai masa lapang dan hadir ke NaDi Piasau Utara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: